1234.. Rindunya pada Family (T_T)

Jumaat, 2009 November 20

Bila Warkah Bisu Kembali Bersuara

Bismillahirrahmaanirrahiim


Peringatan bagi diri sendiri




Bila Warkah Bisu Kembali Bersuara



Hakikat yang benar benar melanda Azhari Azhariah kita pada zaman ini... Seolah tidak menyedari tugas seorang panuntut agama yang di harapkan oleh masyarakat, ibu bapa, sahabat², di tanah air yang menanti saat-saat kepulangan seorang USTAZ USTAZAH yang bisa memimpin ke jalan yang lebih diredhai oleh tuhan pencipta alam ini ALLAH S.W.T.


Apakah benar kita ini ulama', pendukung, pewaris nabi MUHAMMAD S.A.W. Nabi buat seluruh ummat akhir zaman ini? Yang diharapkan bisa menjelmakan seorang imam syafi'e untuk memerintah dunia yang kian kelam kabut ini.. Yang di perlukan untuk menegakkan kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH!!! Yang dikatakan umat nabi MUHAMMAD yang mengetahui bahawa diseru untuk menyampaikan , menyambung tugas dakwahnya sebelum pemergiannya... Menitis air mata kerana tidak sanggup melihat ummat baginda dalam kesesatan... Dengan titisan air mata itu baginda berdoa untuk memikul semua dosa ummat akhir zaman kerana tidak mahu ummatnya merasai kesakitan ketika menghadapi sakaratul maut... Inilah generasi yang bisa diharapkan untuk menyambung perjuangan baginda... Dihantar dengan Kuasa ALLAH ke bumi yang penuh barakah ini memenuhi setiap ruang demi mentarbiah diri kerana dinanti insan tersayang yang diharapkan bisa bersama menuju ke syurganya yang abadi... Dipenuhi wangian semerbak yang tidak terbayang keharumannya...


Tetapi...
Inilah hakikat sebenarnya yang terjadi... Seolah kita terlupa dengan tanggungjawab kita sebagai seorang pendukung cita cita NABI MUHAMMAD S.A.W... Untuk meletakkan diri untuk bersama dengan baginda di Jannah Firdaus... Bersama dengan insan² yang mengharapkan ketelusan jiwa seorang ulama' yang tidak pernah jemu menyampaikan dakwahnya walaupun dicerca seperti seekor binatang yang hina... Untuk memastikan mereka juga bersama menyertai baginda di tempat terindah tersebut bersama dengan para an'bia'...
Bakal Ulama' sendiri telah memecahkan tradisi pewaris ANBIA'... Mengikut kata pemimpin yang sudah tidak keruan akalnya menghina Agama mereka sendiri dan mengagungkan budaya kafir LAKNATULLAH.. Sudah tidak dapat membezakan Yang mana buruk Yang mana baik... Ikhtilat itu menjadi halal dikalangan bakal² Ulama' ini... Bahkan menunjuk tanpa segan silu perlakuan yang haram dan ditegah oleh agama mereka sendiri... Bersentuhan, berpegangan antara seorang lelaki & peremuan yang bukan mahram tidak lagi menjadi ketakutan besar bagi mereka...



*"Alahh.. Sekarang nie mane ade orang nampak.. Kalau nampak pun mesti ingat kita dah kawin"



Seolah-olah tiada yang melihat perlakuan terkutuk itu... Beginikah Azhari&Azhariah yang dinantikan oleh insan yang memerlukan di seberang sana? Inikah Ulama' yang mengamalkan segala ilmu mereka dengan amalan yang dituntut agama mereka sendiri? Sudah pasti ada jawapan untuk semua persoalan ini...



Untuk sahabat-sahabat yang menyayangi sahabat yang disayangi... Jadilah orang pertama, terdahulu dalam mencegah perlakuan sumbang ini... Walaupun sahabat sendiri yang manakah lebih aula? Akhirat atau Dunia? Mari kita bersama berganding tenaga yang ada hingga ke titisan peluh & darah terakhir untuk menjadi umat yang mendapat syafaat di dunia dan akhirat... Dan jika hancur seklaipun jasad nyawa kita di dunia ini tidak akan sia sia dek kerana Syurga Abadi yang menanti di sana... Bersama dengan segala nikmat yang tidak pernah dikecapi di dunia ini...



Takbirr!! ALLAHU AKBAR!!





Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya


Wallahu a'alam

Khamis, 2009 Jun 25

Al-Muddatsir

Bismillahirrahmaanirrahiim

Nampaknya ada pelawat yang menegur blog ini yang bersawang.. insyaAllah, saya akan mula menambah input2 baru kelak, memandangkan pertarungan dunia ini hanyalah sementara senyum


Bismillahirrahmaanirrahiim


Ada manusia terpengaruh dengan pandangan mata


Tetapi ingatlah, pandangan mata selalu menipu


Ada manusia yang terpengaruh dengan ilmu manusia


Tetapi ingatlah, ulama dunia selalu mengaburi mata hati


Ada manusia terpengaruh dengan tutur kata yang sopan lagi lembut


Tetapi ingatlah, tutur kata yang sopan dan lembut itu bisa menjadi perangkap dunia


Ada manusia yang baik terhadap sebahagiannya tetapi bersikap tidak adil terhadap sebahagian yang lain


Tetapi, Allah Maha Adil, Dia membalas setiap perbuatan manusia setimpalnya


Wahai manusia, taatilah suruhan Allah, jauhi larangan-Nya


Sesungguhnya kamu tidak tahu apakah nasibmu di kemudian hari


Wahai manusia, dambalah syafaat Ar-Rasul Sallallahu ‘alaihi wasallam,


Baginda mengasihimu lebih daripada kasih sayang yang kamu curahkan terhadap Baginda


Wahai manusia, taatilah perintah kedua ibu bapamu,


Jangan meninggikan suara kepada mereka, apatah lagi berkata “Ah!”


Wahai manusia, berbuatl baiklah sesama ahli dunia, jangan membenci mereka


Hormatlah manusia sebaik-baik ciptaan Allah


Hentikan perpecahan, hati-hati dengan tipudaya iblis la’natullah


Jauhi peperangan zahiriah mahupun batiniah,


Jagailah hak-hak terhadap Allah sebelum menjaga hak-hak terhadap manusia


Manusia memang berakal dangkal, fikiran cetek


Selaku hamba-Nya di atas bumi yang hina


Manusia, maafkan aku kerana aku jua manusia…


Minta maaf semua atas apa yang dilakukan…


Halalkan perbuatanku dari hujung rambut hingga hujung kaki


Halalkan makan minumku


Ya Allah, simpankanlah sebuah negeri akhirat yang mulia di sisi-Mu di sana nanti buat kami hamba-hambaMu yang hina ini

insyaAllah amiin



Firman Allah Ta’ala:


Sekali-kali tidak demi bulan


Dan malam ketika telah berlalu


Dan subuh apabila mulai terang


Sesungguhnya Saqar itu adalah satu bencana yang amat besar


Sebagai ancaman bagi manusia


(Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang berkehendak akan maju atau mundur


Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya


Kecuali golongan kanan


Berada di dalam syurga, mereka tanya-menanya.


Tentang keadaan orang yang berdosa


"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"


Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan salat,

dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,

dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,

dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,

hingga datang kepada kami kematian".



Al-Muddatsir ; 32-47


Wallahu a’alam


Rabu, 2009 Mei 06

Khas Buat Sahabatku



Bismillahirrahmaanirrahiim.. [buat sahabat saya]


Hatiku tercalar lagi, setelah sekian lama kau menjalin hubungan persahabatan ini. Gurisan-gurisan luka ini hanya Allah yang tahu.. tak sangka hatimu begitu cepat berubah. Engkau selalu mendamba manusia yang paling sempurna dalam hidupmu. Penat aku menunggu, menanti, setia padamu wahai teman.


Air mata berderai atas pipi, terduduk aku di tepi tangga memandangmu dari dalam hati. Alhamdulillah satu tangan lembut menyapaku dari belakang. Hatiku terusik dengan belaian pujuk rayu sahabat yang mampu menerima aku seadanya. Sungguh aku kagum dengan ketabahannya yang sabar atas tiap kerenahmu yang suka memberontak meskipun atas hal yang sangat kecil, belum lagi tiba saat peperangan seumpama bumi Palestin..


Dengarlah rintihan hatiku ini. Jauh di sudut hatiku, aku begitu menyayangimu. Sahabat, adakah kau mengira dunia ini hanyalah tempat untuk membuat amar ma’ruf sahaja sehingga engkau melupakan nahi mungkar?


Acap kali engkau menasihat manusia supaya jangan membenci manusia, lalu apakah engkau melupakan kata-katamu itu? Ingat sahabatku! Setiap yang diperkatakanmu bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


Terkenangku pada salah satu kisah. Di mana pada hari akhirat nanti, para ulama dikumpulkan. Lalu, diperlihatkan amalannya yang setinggi gunung emas. Tiba-tiba gunung emas itu runtuh menjadi abu. Terkejut, sungguh hatiku tergamam pabila membaca kisah ini.


Rupa-rupanya gunung emas itu runtuh menjadi debu kerana ULAMA DUNIA tersebut. Wahai ulama dunia, untuk apakah amalan yang engkau lakukan?


Kalau harta yang digali, ketahuilah harta itu akan musnah ditelan bumi jua akhirnya.


Jika pangkat yang didamba, ketahuilah pangkat itu sebentar cuma, pabila engkau mati, lalu hanya tinggal nama, bahkan malaikat tidak memandang tinggi pun pangkat yang engkau megah-megahkan itu.


Wahai sahabat, aku berkata tulus dari hati kecilku.. tolonglah sahabatku, belajarlah untuk menerima sahabatmu seadanya, bukan menaruh sejuta prasangka mahupun meletak selaut harapan bahawa sahabatmu ini adalah yang paling sempurna dalam hidupmu.


Pun begitu, jika begitu sikapmu, ketahuilah! Engkau tak mungkin dapat ubah dunia ini menjadi tanah yang subur dengan kasih sayang kerana ENGKAULAH yang MESTI menjadi pendetaknya.. setiap tingkah lakumu bagai duri yang menusuk dalam darah daging umat Islam sendiri.


Namun sahabatku, aku akan tetap menantimu sehingga ke akhir hayatku, insyaAllah dan aku berharap Allah mengetuk pintu hati kita bersama agar tiada hijab yang memisahkan hati-hati ini daripada bersatu.. amiin..


Duhai sahabat, aku akan senantiasa menunggu sedetik perubahan dalam dirimu kerana aku begitu menyayagimu.


Dan buat sahabat-sahabat di luar sana, janganlah menyimpan high expectations pada sahabat2 yang sedia bermukim di hati sekarang. Jagalah ukhuwah yang mekar bak bunga. Setiap hari aku melalu rimbunan pepohon subur, kuntuman2 bunga, aku sentiasa berdoa agar Allah menjadikan hati kita berbunga riang sepanjang masa dan tidak sesekali layu sehingga ke pintu jannah insyaAllah, amiin..


Ya Allah, terima kasih atas manik2 mutiara yang Kau hadiahkan. Aku benar2 merindui saat2 ceria bersama-sama teman2ku seperti dahulu jua saat bersama-Mu.. Syukran jazeelan ya Allah..



*TULUS DARIPADA SAHABATMU*

-Nurul Syifak-


buat sahabat saya yang dahulunya dan selamanya kan bertakhta di hati ini, insyaAllah




Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra.)




Terima kasih atas secebis kebahagiaan yang kau kirim daripada Allah


Wallahu a'alam..





Sabtu, 2009 Mac 07

Ukhtiku Sayang

أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillahirrahmaanirrahiim..


Ya ukhti,

masihkah tersimpan memori lalu pada dirimu,

saat ibumu mengandungkanmu 9 bulan 10 hari,

terkial-kial bergerak ke sana ke mari,

mengorbankan nikmat keseronokan dunia,

buat sementara demi ukhti,

tekak loya langsung dipeduli,

mual lelah semua ditempuhi,

hati dicekal,

perut yang semakin membesar diusung dengan sarat,

tidak berbahagi kasihnya pada ukhti.


Ya ukhti,

dirimu ditatang bagai minyak yang penuh,

semua kehendak dituruti,

wang dikorban untuk secebis bahagia,

tawa riangmu tiada taranya,

esak tangismu pahit dirasa,

hidupmu laksana si puteri,

tidak pernah terlintas di hatimu

pengorbanan si ibu,

kerana kasihnya padamu.


Ya ukhti,

dikau makin remaja,

pesan ibu; belajar rajin-rajin anakku,

ingatlah agama dan bangsa,

masih ingatkah dikau?

ya, pada waktu itu mungkin kata-kata itu utuh terpahat di hati.


Ya ukhti,

ibu mendidikmu supaya rajin berdoa,

pakaian mesti dijaga,

jangan biarkan si iblis memasang bendera,

ketawa berdekah-dekah tatkala dikau meningkat dewasa,

kerna ukhti membuka pintu-pintu zina,

menyerah segalanya buat tatapan si jantan,

ah! peduli apa katamu,

aku adalah aku.


Ya ukhti,

dunia dicipta bukanlah untuk dibuat kerosakan di atasnya,

sedarkah dikau tempatmu berpijak?

kubur hanyalah di bawahmu cuma,

maut datang menjemput pada bila-bila masa,

sekali merentap baru dikau sedar!

benar ukhti,

hidup ibarat mimpi, pabila mati baru terjaga.


Ukhtiku sayang,

syurga nan indah untuk dikongsi,

neraka Allah sanggupkah dikau?

engkau bukanlah Rabiatul Adawiyah,

“Ya Allah, andai di neraka itu terletaknya rahmat-Mu, maka Engkau campakkanlah aku ke dalamnya”

cintamu tidak seteguh itu wahai ukhti.


Ukhtiku sayang,

sedarkah dikau umpat fitnah yang dibawamu,

akan kemusnahan yang dibawanya ke dunia,

halalkah daging yang dikau ratah dengan rakus,

tanpa memikirkan apakah saudaramu rela,

apakah Allah redha dengan akhlak burukmu itu,

bangunlah wahai ukhtiku!

Hiduplah dengan cara yang Islam mahu,

bukan dengan caramu yang jengkel.


Wahai ukhtil mahbub,

kukuhnya Islam terletak pada akhlak muslimah solehah,

kuatnya sesebuah negara pada pemudi yang mukminah,

hormatnya sebuah keluarga pada anak gadis yang patuh,

menjulang agama di atas pundaknya,

melerai semua pautan nafsu,

menggugah dunia dengan amalnya,

membina kesatuan ummah yang jitu,

kasihnya Nabi padamu,

sehingga hampir wafat disebut-sebut namamu,

dinyatakan kekhuatiran yang merunsing hati baginda,

Jagalah! Wanita..


Ukhtiku,

sayang dirimu alpa,

saham yang kaubawa bersama-sama pemergian ibu bapa,

menempah neraka buat mereka,

kasihanilah ibu bapamu,

mana mungkin engkau membalas jasa orang tua,

mengandung, melahirkan, membesarkan,

melindungi, mengerah tenaga,

lencun baju kerana sesuap nasi,

merecik peluh di dahi tidak dihirau,

kerana dirimu ukhti,


Ukhtiku,

kekadang tekejut akan dirimu,

bagaikan kacang lupakan kulit,

hati ibu bagai dihiris sembilu,

suaramu bagaikan guruh yang merentap jiwa,

apa salah ibumu?

Namun, kekecewaan yang singgah dipendam cuma,

si iblis bertepuk bangga,

“fa laa taqullahumaa uffin walaa tanharhumaa wa qullahumaa qoulan kariima”

lupa lagi!


Ukhtiku,

Wanita itu bukan sekadar tubuhnya cantik,

suaranya manja,

matanya menggoda,

kerana semua itu pakaian wanita jahiliah,

kerna bangga dan takabur,

lupa pada Penjagannya,

Sang Pencipta menyayanginya,

tetapi dihempaskan kalimah cinta daripada Tuhannya kerna sibuk meladeni nafsu dunia.


Wanita, bukan kaca,

tetapi kilauan mutiara,

carinya dijejak dalam lautan,

gadainya sukar dilepaskan,

simpannya dalam kotak kalbu,

letaknya bukan untuk dijijak,

tapi untuk disemat, dipahat, dilentur dengan acuan Quran,

disuci dengan sunnah,

disayangi seluruh makhluk,

andai malu menjadi penghias diri,

andai alpa tidak selubung kotak akal


Wallahu a’alam bissowaab..


Selasa, 2009 Februari 24

Mahalnya Nilai Setitis Air Mata

أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Sesekali termenung, berteleku di atas hamparan permaidani, merindui saat air mata mengalir ke pipi… Oh Tuhanku, aku benar-benar rindukan detik itu…

Baru kini kusedar betapa mahalnya harga setitis air mata..


Sedang menaip ini pun masih sedih! Namun, air mata itu masih meletakkan harga yang tinggi, bagaimana bisa aku mendapatkannya? Hati menangis, tetapi gagal! Ya Allah, meskipun sirah-sirah Nabi bermain-main di kotak pemikiran, namun gagal lagi menjiwainya! Jelas gagal! Hampa dengan diri sendiri, kecewa dengan hati yang gelap ini..


Aduh, maafkanlah aku Ya Allah andai diri ini telah banyak membuat dosa. Kadang-kadang terfikir apakah nafsu atau akal yang mendorong untuk membuat kebaikan?

Tetapi hati masih gagal mentafsir.


Ya Nabi, selawat dan salam ke atasmu, saat engkau berbaju lusuh, aku ini masih sempurna pemakaianku, namun imanku tidaklah sentiasa meningkat sepertimana imanmu (masih tercari-cari iman yang sebahagian lagi!)


Ya Khadijah, walaupun aku cuba untuk menjadi seorang yang penyayang sepertimana dirimu, namun nafsu ini masih membataskan tahap kesabaran itu (hinanya diri ini!)


Ya Fatimah, saat engkau menggauli tepung, aku pula hanya tahu menikmatinya. Namun, aku tidak mendapat keberkatan sepertimana air tanganmu itu, kerana aku hamba-Nya yang hina, bukanlah wanita penghulu syurga sepertimu.


Ya Ali, pintu segala ilmu. Aku ini masih mencari nilai sebuah mutiara yang yakni terjaga rapi di dasar lautan, namun tidak berdaya untukku memberi 10 jawapan yang berbeda andai disoal manusia (betapa dangkalnya fikiranku!)


Ya Rabiatul Adawiyah, terngiang-ngiang di hati saat engkau bermunajat menghadap-Nya. Wahai Tuhan, kutidak layak ke syurga-Mu, namun tidak kusanggup ke neraka-Mu. “Andai rahmat-Mu terletak di neraka-Mu, campakkanlah aku ke dalamnya”

(Sanggupkah aku?)


Ya Sumayyah, wanita penghulu syuhada. Hatimu teguh membenarkan iman, namun aku masih ragu-ragu adakah aku mampu untuk mempertahankan iman ini? (sedangkan diri ini masih lagi tewas pada bisikan syaitan!)


Ya Khaulah, sengaja kupilih nama ini. Apakah aku mampu menjadi sekuatmu? Sekali menghayun pedang, tewas 3 orang kafir. Malah, wanita sepertimu tangkas membunuh lebih 1000 musyrikin dalam peperangan.


Hatiku tidak akan ceria lagi! Ya Allah, dengarlah bisikan hatiku.. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadap-Mu di muka pengadilan. Ringakanlah bebanku.. (sedangkan beban yang dipikul Nabi Muhammad itu lebih hebat!)



Ya Allah, saat lidahku berkata-kata kumohon agar engkau menemani setiap bicaraku..


Ya Rahman, saat diri lokek bersedekah kumohon kaugerakkanlah hati ini untuk memberi saham akhirat.


Ya Rahiim, saat syaitan membisikkan api kebencian, kumohon supaya kau padamkan ia segera dengan sinar kasih-Mu..


Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami pada agama-Mu dan ketaatan pada-Mu..


Amiin Ya Rabbal ‘aalamiin..


ya Muslimat...

ya Muslimat...

Wahai Muslimat,
Dirimu ditangisi oleh Nabi setiap malam,
Sehingga basah baju Akhiril Anbiya,
Wahai pemimpin seluruh alam,
Kenapa begitu ditangisi akan wanita?
Ditanya Aisyah kasih dan cinta,
Jawabnya kerna,
Mereka penuh mengisi ruang seksaan,
Api neraka yang mengazabkan.

Kamu itu fitnah dunia,
Apa yang terjadi dipandang oleh seluruhnya,
Diseksa dan direndahkan darjatmu,
Oleh golongan Adam kafir Quraisy.

Datanglah Nabi penyuluh kegelapan,
Membela si hawa yang terseksa,
Dengan Islam yang mulia.

Wahai golongan yang mudah tertipu,
Akan syaitan musuhmu yang nyata,
Sejak diciptanya Adam yang mulia,
Akan segala isi dunia sementara.

Bersihkan hatimu, bersihkan jiwamu,
Tutuplah auratmu, rendahkan suaramu,
Jagalah pergaulanmu, jagalah lidahmu,
Kerna sekiranya kamu lalai,
Maka murkalah Khaliq dan gelap mata Adam.

Tutuplah seluruh badanmu termasuk kakimu,
Kecuali wajahmu dan telapak tanganmu,
Kerna ini kebanyakan darimu lupa akannya,
Akhirnya terseksa walau seberat zarah.

Ayuhlah,
Muslimat yang dikasihi Manusia Agung,
Kembalilah memburu redha Allah,
Jadilah seperti Rabiyatul Adawiyyah,
Kerna alimmu lebih 1000 orang lelaki jahil.

Ingatlah,
Nanti dirimu memenuhi ruang neraka,
Dengan kasihan Khaliq yang Maha Kasih,
Maka jadilah muslimat yang berjaya,
Yang sedar akan ancaman ini.

Wahai Muslimat,
Sedarlah dan jagalah dirimu,
Supaya jauh dari api yang bernyala,
Agar dapat dirimu menjadi,
Permaisuri kepada segala bidadari.





Sajak ini dipetik daripada blog adik angkat saya yang bernama suhana.. (^_^)

http://mujahidah-fisabilillah90.blogspot.com/


Wahai Hati

أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai hati, diamlah engkau..
Wahai hati, penuhilah akan dirimu lafaz tasbih, tahmid dan takbir..
Wahai hati, lupakanlah segala kebaikan yang telah kaulakukan..
Wahai hati, ingatlah dosa-dosamu yang sengaja kaubuat..
Wahai hati, kenanglah bakti sahabat-sahabatmu..
Wahai hati, jadilah engkau bulat persis kesempurnaanmu..

Wahai hati, luputkanlah ingatanmu terhadap makhluk, sesungguhnya mereka juga akan binasa sepertimana kamu..
Wahai hati, aku mahu engkau cuba menjadi sempurna walaupun hakikatnya engkau pasti tidak mampu..
Wahai hati, hidup ini hanyalah sementara pabila tiba masanya pasti akan dicabut nyawamu..

Wahai hati, nikmat di dunia sudahkah engkau syukuri?
Wahai hati, sudahkah engkau tunaikan tanggungjawab serta amanahmu?
Wahai hati, cubalah menghabiskan lembaran ayat-ayat suci al-Quran..
Wahai hati, tenanglah akan dikau meski dirundung musibah..
Wahai hati, janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah..
Wahai hati, dambalah engkau akan cinta Allah..
Wahai hati, sentiasalah mengharap pada kasih Rasulullah..

Wahai hatiku, aku sayangkanmu, kerna itu aku menasihatimu..
Hatiku, cubalah mengerti hikmah di sebalik ujian yang diberi..
Hatiku, engkau cuma satu, janganlah membinasakan dirimu sendiri..
Mengertilah wahai hatiku..

Isnin, 2009 Februari 23

Kupunya Banyak Cerita Hati


أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Kupunya banyak cerita hati, namun aku bimbang andai kisah-kisah itu bakal membuahkan kesengsaraan pada ramai pihak. Lebih baik bagiku berdiam diri, menunjukkan sedikit ketidakpuasan hati itu sudah cukup untuk menyemarakkan api permusuhan. Jadilah aku seperti pohon yang berbuah. Meskipun dibaling dengan batu namun tetap dibalas dengan buah. Ya! Buah yang ranum lagi enak meskipun zat-zatnya tidak kita tahu apakah masih berkhasiat atau sudah luput sepertimana cepatnya tarikh luput roti Gardenia (hehe, saya masih tidak dapat melupakan roti kegemaran saya itu)

Hati, organ yang andai dibedah, masih tidak dapat diketahui apakah rohani hati itu elok-elok sahaja ataupun sudah hanyir dek bau daging yang keras lagi berkulat.


“Saya sakit hatilah dengan orang ini orang itu”

Nabi pun pernah disakiti, malah lebih dahsyat daripada kita, pernahkah kita terfikir? (Cintailah nabi kita~kekasih awal akhir)

Allah yang memegang hati kita, siapakah kita untuk mencederakan hati sendiri apatah lagi hati milik orang lain? Pernahkah terlintas di fahaman kita?


“Saya nak bunuh diri! Hidup segan mati tak mahu!”

Ajal maut di tangan Allah, sahabatku.. (sedang berbual dengan Qarin diri sendiri)

Andai hidup itu lebih baik bagi kita, mengapa perlu membinasakan diri? Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah tidak menjanjikan pelangi indah sepanjang masa tetapi pelangi indah itu pasti ada menunggu masa untuk muncul.. (^_^)


“Saya tak larat nak hidup lagi, kenapa orang gagal memahami saya?”

Pernahkah kita cuba untuk memahami orang lain? Adakah kita tuan di dunia sehinggakan semua orang sahaja yang mesti memahami diri kita? (Buntu lagi buntu!)


“Semua alatan sudah ada; pisau, mancis, tali, apa lagi ya?Aku dah tak tahan! Makin besar makin banyak dosa yang aku buat!”

Wahai hamba Pemilik Empunya Dunia, berkali-kali aku ingatkan supaya jangan menentukan ajalmu sendiri, engkau tidak akan berdaya untuk melawan arus api neraka! Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.. apakah engkau lupa pada akadnya dalam al-Quran? Rahmat Allah yang cuma satu peratus itupun masih belum habis direbut oleh hamba-hambaNya. Maka apa yang kau tunggu lagi? Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kau dustakan?


“Benci aku tengok orang ni”

Aduhai sahabat, umat Islam itu ibarat satu bangunan, andai terpisah satu bata maka cacatlah bangunan itu dan tidak mungkin dapat mengawal arus air melaluinya apabila tiba musim tengkujuh kelak. Nabi Muhammad sendiri tidak membenci jirannya seorang Yahudi yang setiap hari memikirkan idea baru untuk menyakiti hati Nabi (wahai Nabi, dirimu memang benar-benar tabah). Apakah kita bisa mencontohi Nabi?



Wahai teman,

wahai sahabat,

wahai saudara seakidahku,

Sesungguhnya bersama-sama tiap kesusahan itu ada kemudahan. Allah cuma memberi setitis daripada ujian yang pernah dihadapi oleh Nabi Muhammad. Teringat pada matapelajaran hadis di sekolah dahulu;


“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku dicintai olehnya daripada orang tuanya, anak-anaknya dan umat Islam keseluruhannya..”


Ya Allah, apakah cukup cinta sekalian umat ini terhadap Nabi-Mu? Sehinggakan nama ummat yang disebut di akhir kewafatan baginda. [Oh, hinanya hamba-Mu]



Wallahu a’alam…

Khamis, 2009 Februari 19

Alpa Lagi

أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم




Setiap hari, aku menunggu,

Pada saat membisikkan kata cinta,

Menyiram kasih tiada noktah,

Berbicara di sebalik awan gemintang,

Rindu berkhalwat dengan-Mu.


Hatiku gelisah menanti waktu,

Malang kulupa pada janji,

Bukan niat menduakan-Mu,

Iblis itu batu api yang setia.


Segunung persoalan menghujani kalbu,

Angin badai membuai nafsu,

Kuhilang mursyid,

Tercari-cari pula akan diri-Mu.


Rasa kufur pada nikmat-Mu,

Alpa pada kesibukan mimpi,

Tenggelam diselubung cita-cita,

Kuharap pintu-Mu akan sentiasa terbuka,

Buat hamba-Mu yang hina


Amiin ya Rabbal ‘aalamiin.






Sabtu, 2009 Januari 31

Warkah BuatMu


أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah..

Sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kepadaMu..

Hanya Kau yang Maha Mengetahui hati ini..

Aku tidak tahu.. Adakah aku ditipu?

Aku memang telah tertipu dengan dunia yang fana ini..

Biarpun sebanyak mana hatiku menukil madah,

Tidak akan sesekali habis kalimahMu..

Tetap penuh biarpun ditambah gandaan segenap alam..

Aku keliru memilih panduan hidupku sendiri..

Mungkin suatu hari nanti Engkau akan menunjukkan sesuatu yang lebih awla buatku ya Allah..


Oh, ya Allah..

Kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu.. fikiranku bercelaru.. aku rasa kehilangan identiti diriku sendiri..

Aku rasa kekosongan pada jiwaku..

Ya Allah, aku semakin tewas dengan dunia ini..

Aku tidak dapat membezakan yang manakah yang fardhu dan manakah yang harus


Ya Allah, manusia tidak mampu memahami diriku.. hanya Engkau sahaja..

ya Allah, aku pasrah.. tetapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri.. aku memerlukan ilham daripadaMu..

hatiku butuhkan sesuatu ya Allah..

aku perlukan ketenangan yang tidak bisa kuperoleh melainkan hanya dengan bersendirian bersamaMu..


biar apa pun yang berlaku, aku masih memerlukan diriMu..

Aku sangat memerlukan Engkau ya Allah, lebih daripada sebagai hamba..

Sebagai kekasih ya Allah..

Aku tidak mampu mengharunginya seorang diri ya Allah..

Aku sedar kelemahan, kekhilafan dan kesalahan yang telah kulakukan selama ini..

Tapi, kenapa aku gagal menjauhinya ya Allah..


Biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku

atau seumur hidup aku mengadu pada manusia,

tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasaMu.

Aku tidak mengerti akan diriku..

Tenggelam punca dalam kesibukan dunia..

Ah, dunia yang fana ini lagi!

Sukarnya untukku lari daripada kenyataan..


Ya Allah aku sudah tenggelam punca..

Aku hilang arah tuju..

Namun aku akan tetap mencari cahaya itu..

Cahaya yang Kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman..

Namun kudambakan lebih daripada itu..

Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisiMu..

Aku mahu jadi seorang yang istimewa di sisiMu..

Meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini..

Aku tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cintaMu..

Kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..

Dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimahMu..

Wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Aku dahagakan cintaMu ya Allah..


Aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau Tuhan yang Maha Esa..

Engkau bukan permata..

Bukan juga mutiara..

Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala..

Engkaulah yang memegang hati-hati ini..

Hati yang menangis di kala malam berlabuh..

Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu..

Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik..

Hati ini terasa keseorangan apabila keramaian..

Hati ini baru mengerti maksud Mahabbah kepadaMu..

Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu..

Setiap titis darah yang mengalir dalam pembuluhku setia menyebut namaMu..

Berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu..


Ya Allah aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad,

Kasih yang tidak berbelah bahagi al-khalil Ibrahim,

Sifat pengasihani Siti Khadijah,

rindu sesetia Rabiatul Adawiyah,

Sabar secekal Fatimah,

Yakin sesuci Asiah,

Iman seteguh Sumayyah,

Jiwa sekental Bilal bin Rabah..


Aku benar-benar telah jatuh cinta..

Aku cintakanMu ya Allah..

Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah..

Malah kupohon agar Engkau semarakkannya dengan kasihMu dan nurMu..

Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku..

Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu, rahmatMu dan petunjukMu..

InsyaAllah..

Amiin ya Allah…

Amiin ya Rahmaan…

Amiin ya Rahiim..

Amiin ya Rabbal ‘aalaamiin..


Inni uhibbuka ya Allah, ya Habibi..


La ansaaka..


yang amat mencintaiMu,

Al-Faqeer ilallah..


Wallahu a’alam bissowaab

 

blogger templates | Make Money Online